Saturday, September 18, 2010

Tuhan itu baik

Hari ni saya tergerak hati untuk menaip dalam bahasa Melayu.. Kisah ini berdasarkan kisah nyata yang telah terjadi beberapa hari yang lalu..


Jam 11.30pm, hp kakak tiba-tiba berbunyi. Kakak yang sedang tidur langsung tidak mengendahkan panggilan tersebut. Tiba-tiba, hp adiknya pula berbunyi. "Helo...?" "Jangan menangis kalau papa meninggal..." ............hp dimatikan. Si adik terkedu lalu mengejutkan kakaknya. "Kak..ada tak papa call awak tadi? Tadi papa cakap jangan menangis kalau papa meninggal? Dia maksudkan apa? Kena bagitau mama ke?" Kakak mengangguk. Si adik bergegas ke bilik tidur ibunya dan memberitahu apa yang terjadi. Si ibu cuba menelefon suaminya tetapi gagal. Begitu juga dengan adik. Mereka mula resah. Kakak yang keseorangan di dalam bilik tidurnya duduk dan terus berdoa, menyerahkan segalanya kepada Tuhan..keselamatan papanya. Dia yakin bahawa Tuhan tidak akan mengecewakannya.


Mazmur 55:23 "Serahkanlah khuatirmu kepada TUHAN, maka IA akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah."


Dalam esakan tangis, dia terus berdoa sehingga dia merasakan ketenangan di dalam hatinya. Jauh di sudut hatinya, dia dapat merasakan bahawa papanya tidak apa-apa. kakak mengambil hpnya dan mula menaip sms kepada papanya...

"Papa, kakak akan tetap berdoa Tuhan Yesus akan menyentuh hatimu pada saat ini. Walau apapun yang berlaku, kami mengasihimu."

Kakak meneruskan tidurnya dengan nyenyak.


Awal pagi, kakak telah dikejutkan ibu. "Mama nak pergi jenguk papa kamu. Jaga adik-adik. Mama tak pasti bila pulang.."


3 hari berlalu, si ibu pulang dan berperwatakan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba, si ibu membuka cerita..


"Papamu tiada apa-apa. Semasa dia menelefon tempoh hari, dia memang berazam untuk membunuh orang pada masa itu juga! Selepas membunuh orang, dia nak bunuh dirinya sendiri! Tetapi tiba-tiba dia membatalkan hasratnya itu. Sampai saja mama kat sana, macam tak ada apa-apa yang berlaku tapi papamu menceritakan segalanya bahawa pada masa tersebut dia berhasrat untuk membunuh orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kerjanya, seakan-akan kesalahan satu pejabat diletakkan ke atas bahunya. Itulah yang menyebabkannya tertekan. Mama sempat baca surat wasiat yang sempat papamu tulis :

"Jaga anak-anak kita. Maafkan papa.. Papa sayang kamu semua."


Selesai sahaja si ibu bercerita, kakak berasa sangat gembira kerana dia tahu..semuanya itu adalah dari pertolongan Tuhan Yesus yang telah menyentuh hati papanya. Dia tidak putus-putus mengucap syukur kepada Tuhan..