Saturday, September 18, 2010

Tuhan itu baik

Hari ni saya tergerak hati untuk menaip dalam bahasa Melayu.. Kisah ini berdasarkan kisah nyata yang telah terjadi beberapa hari yang lalu..


Jam 11.30pm, hp kakak tiba-tiba berbunyi. Kakak yang sedang tidur langsung tidak mengendahkan panggilan tersebut. Tiba-tiba, hp adiknya pula berbunyi. "Helo...?" "Jangan menangis kalau papa meninggal..." ............hp dimatikan. Si adik terkedu lalu mengejutkan kakaknya. "Kak..ada tak papa call awak tadi? Tadi papa cakap jangan menangis kalau papa meninggal? Dia maksudkan apa? Kena bagitau mama ke?" Kakak mengangguk. Si adik bergegas ke bilik tidur ibunya dan memberitahu apa yang terjadi. Si ibu cuba menelefon suaminya tetapi gagal. Begitu juga dengan adik. Mereka mula resah. Kakak yang keseorangan di dalam bilik tidurnya duduk dan terus berdoa, menyerahkan segalanya kepada Tuhan..keselamatan papanya. Dia yakin bahawa Tuhan tidak akan mengecewakannya.


Mazmur 55:23 "Serahkanlah khuatirmu kepada TUHAN, maka IA akan memelihara engkau! Tidak untuk selama-lamanya dibiarkan-Nya orang benar itu goyah."


Dalam esakan tangis, dia terus berdoa sehingga dia merasakan ketenangan di dalam hatinya. Jauh di sudut hatinya, dia dapat merasakan bahawa papanya tidak apa-apa. kakak mengambil hpnya dan mula menaip sms kepada papanya...

"Papa, kakak akan tetap berdoa Tuhan Yesus akan menyentuh hatimu pada saat ini. Walau apapun yang berlaku, kami mengasihimu."

Kakak meneruskan tidurnya dengan nyenyak.


Awal pagi, kakak telah dikejutkan ibu. "Mama nak pergi jenguk papa kamu. Jaga adik-adik. Mama tak pasti bila pulang.."


3 hari berlalu, si ibu pulang dan berperwatakan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba, si ibu membuka cerita..


"Papamu tiada apa-apa. Semasa dia menelefon tempoh hari, dia memang berazam untuk membunuh orang pada masa itu juga! Selepas membunuh orang, dia nak bunuh dirinya sendiri! Tetapi tiba-tiba dia membatalkan hasratnya itu. Sampai saja mama kat sana, macam tak ada apa-apa yang berlaku tapi papamu menceritakan segalanya bahawa pada masa tersebut dia berhasrat untuk membunuh orang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kerjanya, seakan-akan kesalahan satu pejabat diletakkan ke atas bahunya. Itulah yang menyebabkannya tertekan. Mama sempat baca surat wasiat yang sempat papamu tulis :

"Jaga anak-anak kita. Maafkan papa.. Papa sayang kamu semua."


Selesai sahaja si ibu bercerita, kakak berasa sangat gembira kerana dia tahu..semuanya itu adalah dari pertolongan Tuhan Yesus yang telah menyentuh hati papanya. Dia tidak putus-putus mengucap syukur kepada Tuhan..

Saturday, March 27, 2010

Thanks Lord Jesus...speechless!! XD




Haleluya... i don't know what to jote down here but i just want to praise God for giving me His great, great love...the revival that He has given me.. I'm so happy when i see the happiness and love everywhere i go.. bahagianya tengok happy2 faces ni..hahaha~ i don't know why but i'm fulled with Jesus's love..my happiness is in His hands.. I love You Lord!! so much!! XD

Thursday, March 18, 2010

Admit Him! You'll be safe...



Satu sharing yang agak ringkas tetapi bagi saya, kuasa Tuhan itu sungguh luar biasa! My friends and I joined Revolution World Changers (17th March 2010) last night. We're so blessed with the praise and worship also the word of God presented by Pastor Sam from Acts Church, KL. "God is more than enough! -Genesis 17:1-9-" Terlalu syok dengan hadirat Tuhan pada malam tu (hehe~~~) tak sedar jam dh hampir pkl 10pm!!!! Kami dah lewat untuk balik ke kampus. Nak stay out, pas keluar pula kami tinggalkan kat pondok jaga. Lama-lama berfikir, kami ambil keputusan untuk terus balik walaupun lewat. Dalam perjalanan balik tu, salah seorang kawan saya kelihatannya agak resah kerana takut diambil tindakan gara-gara lambat balik. Saya menenangkan dia sambil tersenyum dengan berkata, "Jangan risau, Tuhan berserta kita. Tiada yang mustahil. Percayalah.." Kawan-kawan yang lain pun menyokong.

Kami sampai tepat-tepat jam 10.30pm.. Wahh...30 minit lewat.. Saya pun keluar dengan semangat berkobar-kobar menuju pondok jaga untuk mengambil pas keluar kami semua dan bersedia untuk sesi soal jawab bersama ketua warden dan pak cik guard..(haha~). Haleluya!!! Seorang pun tiada di situ. Puji Tuhan..Tuhan menyelamatkan kami...Saya berlari terus menuju ke arah kereta sambil berteriak berkata "HALELUYA!! See! He's more than enough my friends." Semua kami bersorak "Puji Tuhan! Puji Tuhan! Haleluya!" Seorang daripada kawan saya (pemandu) merupakan saudara kita dari agama yang lain tersenyum melihat gelagat kami..hehe~

Sekiranya kita mengaku bahawa kuasa Tuhan itu nyata, kita akan selamat. Walaupun kesaksian ini kelihatannya sungguh simple, tetapi bagi saya sungguh bermakna. Tuhan itu ada di mana-mana di saat kita berseru kepadaNya. Jangan sesekali meragui kuasa Tuhan Allah kita because He is our Lord God Almighty. Dia memenuhi segala keperluan kita. Haleluya~

Monday, March 15, 2010

I'm a winner!!


Setelah 5 minggu, akhirnya dapat juga saya menghabiskan kelas SPK ini walaupun tak datang utk 2 pelajaran (ruginya...huhu~). Nak buat komitmen baru ni...i'll join next SPK and finish all the topics.. Sepanjang SPK, Tuhan banyak telah menyentuh jiwa-jiwa & mengalami pemulihan termasuk saya sendiri. Haleluya... Mengenali Bapa itu sendiri begitu indah.. Untuk hidup selamat, melakukan segala perkara baik di dunia adalah tidak cukup untuk kita masuk ke dalam Kerajaan Bapa. Hanya melalui Yesus sahaja kita dapat diselamatkan, hanya inilah jaminan untuk beroleh hidup yang kekal. Salah satu hal yang penting dalam menentukan keberhasilan hidup seseorang adalah dengan mengetahui apa panggilan dan visi Kerajaan Allah bagi hidupnya. Panggilan dan visi ini akan membuat hidup seseorang menjadi sangat bererti dan membuatkan hidupnya lebih berhasil. Yesus mempunyai rencana yang sungguh luar biasa, yakni mengubah hidup kita menjadi terang dan garam bagi dunia (Matius 5:13-14). Visi Allah bagi setiap pengikut Kristus adalah menjadi penggubah masyarakat dan pemenang jiwa. Ada 3 langkah menjadi pengikut Kristus dan menjadi murid Kerajaan Allah:

1) Berjalan bersama Kristus (Penyerahan diri dalam doa setiap hari)
2) Belajar dari Kristus (merenungkan firman Tuhan -saat teduh- setiap hari)
3) Berubah serupa Kristus (perubahan adalah hasil daripada -buah- dari kedua langkah di atas)

Pelajaran-pelajaran dalam topik PERUBAHAN HATI telah banyak membuka hati peserta-peserta SPK pada masa tersebut di mana kami belajar bagaimana memiliki hati Bapa, memiliki hati yang benar, memiliki hati yang merdeka, memiliki hati yang penuh Roh Kudus serta memiliki hati dan tubuh yang sihat. Puji Tuhan! Banyak hati yang telah dipulihkan pada saat ini..antaranya ada yang dapat mengampuni orang yang bersalah terhadap dirinya, jiwa yang terbuka, mendapat karunia Roh Kudus (berbahasa roh, menyembuhkan orang sakit & kelemahan). Kesempatan untuk menghadiri kelas ini jangan dilepaskan sekiranya anda mahu mengalami kuasa Kristus itu sendiri.



Graduation Nite!! yaay! Thanks to sis Alice Chen (pembina) yang banyak memberi tunjuk ajar & mendoakan sepanjang SPK. Wahh...tak sangka mlm tu saya dpt 2 sijil..hehehe~~ tapi bagi saya, sijil tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang telah saya belajar sepanjang SPK yang telah banyak mengubah hidup dan menjadikan jiwa saya menjadi baru kerana pemulihan dari Tuhan Yesus. Kalau tidak menyertai SPK, saya memang akan berterusan hidup di dalam kegelapan walaupun saya adalah manusia terang (mengenali Kristus) tetapi hidup dalam kegelapan bersama dengan kepahitan. Puji Tuhan...Tuhan adalah sumber kekuatan, penghiburan, kesembuhan bagiku..

Wednesday, March 10, 2010

God comforts. He doesn't pity. He picks us up, dries our tears, soothes our fears, and lifts our thoughts beyond the hurt. -Robert Schuller





Hidup umpama roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang di bawah. Tak setiap hari kita berada di atas. Pernyataan ni memang benar. Pada saat kita merasa 'down' terhadap satu-satu perkara, kita terasa seperti bersendirian kerana kita menyimpan sahaja perasaan itu. Dalam bulan ni sahaja sudah berkali-kali saya merasakan perasaan ini. Perkara di sekeliling kita tak semestinya sentiasa indah tetapi kita kena ingat 1 perkara, di saat kita merasakan perasaan seperti ini hanya ada 1 sahaja caranya untuk kita bebas. Serahkan segalanya kepada Tuhan Yesus. Dia akan meletakkan segala pergumulan kita di atas salibNya. Dia tidak akan membiarkan kita terus bergumul jika kita tidak menyerahkan segalanya kepadaNya. Tuhan sentiasa memberikan kekuatan kepada kita yang betul-betul mencari kebenaran dan percaya kepada salib Kristus yang membebaskan! Jangan sesekali kita menyalahkan Tuhan di saat apa yang kita minta Tuhan tidak kabulkan. Tuhan hanya memberi apa yang kita perlukan dan bukan kehendak kita. Tuhan mengerti segalanya. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun kadang-kadang kita mendapat apa yang kita tidak ingini. Sentiasa beringat bahawa...setiap rencana Tuhan itu akan menjadi indah pada waktunya... Terima kasih Tuhan Yesus kerana sentiasa memberi kekuatan kepada kami anak-anakMu...kami mengasihiMu..amen.

Thursday, February 4, 2010

what do you feel if....

someone's knocking your head without any reasons??

you fell into a drain full with mud??

you've found out that you are using a torn denim while you're hanging out with your click??

someone's accidentally spitting on you??

you lost all the important documents in your notebook??


ask yourself.... ^-^V