Wednesday, March 10, 2010

God comforts. He doesn't pity. He picks us up, dries our tears, soothes our fears, and lifts our thoughts beyond the hurt. -Robert Schuller





Hidup umpama roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang di bawah. Tak setiap hari kita berada di atas. Pernyataan ni memang benar. Pada saat kita merasa 'down' terhadap satu-satu perkara, kita terasa seperti bersendirian kerana kita menyimpan sahaja perasaan itu. Dalam bulan ni sahaja sudah berkali-kali saya merasakan perasaan ini. Perkara di sekeliling kita tak semestinya sentiasa indah tetapi kita kena ingat 1 perkara, di saat kita merasakan perasaan seperti ini hanya ada 1 sahaja caranya untuk kita bebas. Serahkan segalanya kepada Tuhan Yesus. Dia akan meletakkan segala pergumulan kita di atas salibNya. Dia tidak akan membiarkan kita terus bergumul jika kita tidak menyerahkan segalanya kepadaNya. Tuhan sentiasa memberikan kekuatan kepada kita yang betul-betul mencari kebenaran dan percaya kepada salib Kristus yang membebaskan! Jangan sesekali kita menyalahkan Tuhan di saat apa yang kita minta Tuhan tidak kabulkan. Tuhan hanya memberi apa yang kita perlukan dan bukan kehendak kita. Tuhan mengerti segalanya. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun kadang-kadang kita mendapat apa yang kita tidak ingini. Sentiasa beringat bahawa...setiap rencana Tuhan itu akan menjadi indah pada waktunya... Terima kasih Tuhan Yesus kerana sentiasa memberi kekuatan kepada kami anak-anakMu...kami mengasihiMu..amen.

No comments: