Hari ini, saya terdorong untuk berkongsi tentang topik ini. Semasa tengah syok buat kerja-kerja di rumah, tiba-tiba satu suara yang kuat menimbulkan kerinduan saya untuk berkongsi firman Tuhan. Rasa bersalah juga sebab lama dah tak update blog saya ni..:P
ok...berbalik kepada topik kita, atau dalam BM.."Menghadang Penghalang Iman". Tajuk ini telah dikongsi oleh seorang pastor di mana tempat saya beribadah. Saya sungguh diberkati dengan firman Tuhan yang disampaikan. Thanks Lord for Your great words..so amazing!! XD
**********serious m0de***********
Bilangan 13:25 - 14:10
- Pada bab ini menceritakan tentang kedua belas pengintai dari suku kaum Israel yang telah difirman Tuhan melalui Musa untuk pergi mengintai tanah Kanaan sepertimana yang telah dijanjikan.
- Allah menjanjikan tanah perjanjian (Keluaran 32:13) di mana Allah juga menjanjikan berkat-berkat.
- Ingatlah bahawa, apa-apa pun permasalahan kita sedaya upaya meneguhkan iman kita di dalam Tuhan Yesus. Kita akan mendapat apa yang telah dijanjikanNya. Bukan itu sahaja, malah Tuhan akan menyediakan yang lebih lagi buat kita iaitu hikmat yang benar.
1 Korintus 2:9 "Tetapi seperti yang tertulis: Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia."
- 12 pengintai orang Israel...10 memberikan laporan yang negatif di mana mereka beranggapan bahawa mereka tidak dapat masuk ke tanah Kanaan tersebut. 2 orang lagi (Yosua dan Kaleb) memberikan laporan yang berbeza. Mereka berdua dengan yakinnya berpendapat bahawa negeri itu sungguh luar biasa baiknya dan percaya dengan firman Allah. (Bil. 14:6-9)
- Contohilah Yosua dan Kaleb dalam kehidupan seharian kita. Percayalah dengan firman Tuhan dan janganlah..apabila melihat kesukaran serta cabaran di hadapan kita..terus kita katakan TIDAK...TAK BOLEH... hai saudara/i, belum cuba..belum tau..:D Minta pertolongan dari Dia yang kaya dalam segala hal iaitu Yesus Kristus.
Filipi 4:13 "Segala perkara dapat ku tanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku."
PENGHADANG UTAMA KEPADA KETIDAKPERCAYAAN
1) Takut (Fear)
- timbul kerana melihat rintangan lebih besar daripada firman Tuhan (Bil 13:28, 32-33)
- ketakutan boleh mematikan segala harapan dan impian kita
- bila ada sahaja ketakutan, ianya boleh menghancurkan firman Tuhan yang ada dalam diri kita.
2) Bersungut (Grumble)
- bersungut kerana tidak melihat tiada harapan lagi (Bil. 14:2)
- mulai mempersoalkan pimpinan Tuhan dalam hidup (Bil 14:3)
- Bersungut sahaja tidak akan melepaskan kita daripada masalah.
- Bersungit hanya akan menghalang kebaikan Tuhan kepada kita.
3) Pemberontakkan (Rebellion)
- tidak mahu lagi tunduk kepada kepimpinan yang dipercayakan ke atas kita (Bil 14:4)
- memberontak kepada pemimpin yang dipilih Tuhan akan menyebabkan kita hilang payung perlindungan (spiritual covering)
- juga menghalang kita mengalami janji Allah
- Jangan biarkan ketakutan menguasai diri kerana itu akan menimbulkan pemberontakan.
APA AKAN TERJADI APABILA IMAN YANG BESAR MENYALA DALAM UMAT ALLAH??
1) Pegang fakta firman Tuhan (janji Tuhan)
- Tuhan janjikan negeri yang berlimpah susu dan madu (Bil 13:27)
- Jangan pedulikan halangan yang ada dan yakin dengan kuasa Tuhan.
2) Miliki sikap hati yang benar.
- Yosua dan Kaleb punyai hati yang benar. (Bil 13:30, 14:7)
- mereka melihat rintangan yang sama seperti mana 10 pengintai yang lain tetapi mereka berdua mempunyai keyakinan akan firman Tuhan. (Bil 14:9)
3) Nyatakan kepercayaan kita
- Bil 13:30, 14:8
- Sementara anda mengisytiharkan kepercayaan anda, kemuliaan Tuhan turun atas anda. (Bil 14:10)
- Nyatakan setiap hari, apa yang anda percaya.
- Imani dan ikut firman Tuhan dan Tuhan akan menyediakan yang terbaik buat kita.
Di sini, saya ingin akhiri sharing saya dengan 2 ayat daripada firman Tuhan:
ROMA 1:17
"Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis : ORANG BENAR AKAN HIDUP OLEH IMAN."
IBRANI 11:6
"Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah, ia harus percaya bahawa Allah ada dan bahawa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia."
********************************amen*********************************************
No comments:
Post a Comment